Isnin, 24 Februari 2014

KURSUS ECO HOST ANJURAN KUALA SEPETANG ECO TOURISM

KURSUS ECO HOST
Kursus tersebut terbuka kepada semua pemegang lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi.Maklumat kursus adalah seperti berikut:

TARIKH : 13 MAC 2014 

HARI : KHAMIS 9.00-5.30

TEMPAT :GLOBAL INSTITUTE of TOURISM
NO 75-77,TKT 2, JLN MUSTAFA AL-BAKRI, (Jalan Clare),
30300 IPOH PERAK

Peserta :          40 Orang
Penerbitan Sijil: TGA(Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak)
Urusetia:          Mohd Jusri Yusof  
No Talian:        012-6316132
Email    :           djjusry7@yahoo.com     
Untuk tempahan: Hantar nama penuh,no kad pengenalan dan no telefon(sms atau email)













Rabu, 19 Februari 2014

PAKEJ MEMANCING KELONG KUALA SEPETANG

Catatan yang menerujakan kaki pancing dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Pada 10hb Feb saya dapat panggilan dari tekong bot laut dalam,Ah Leong mempelawa saya agar jadi Chef pada group nak pi memancing laut dalam pada 16hb-17hb,sebab group ni semua 12 orang semua melayu.Perancangan awal memancing dengan bot Kakap Tua.
Pada sehari sebelum bertolak dia telefon saya,memaklumkan bot tu rosak semasa bawa pelancong tengok kelip-kelip.Dia suruh saya datang pada pukul 12 tengahari,sebab perlu tukar bot lain,group memancing dah tunggu dah tak sabar sangat nak memancing sebab datang dari jauh.
Kami bergerak dari Jety Kuala Sepetang dalam pukul 2.00 petang dengan bot kerang kepunyaan taukeh sangkar ikan kat tengah laut yang saya kenal dengan panggilan Ah Pong.Saya ditanya...:" wat apa Lu ikut ini olang'' Saya cakap.."saya jadi tukang masa ini hari.."...dalam hati masak-masak juga..pancing tetap pancing..

Dikesempatan yang ada... saya macam biasa,sambil meyelam minum air.. memasak sambil memancing ..mata tengok rod pancing sebalah dapur..sambil dibantu oleh 2 pekerja Myanmar , Yaa Aung dan Tibbo.
Ikan Merah menjadi buruan sebab dalam sangkar ikan banyak Ikan Merah.saya cuma memancing di tepi sangkar ikan saja,dapat naikan 5 ekor Ikan Merah..(bukan dalam sangkar).Satu penyalaman yang sukar dilupakan. Sekadar menggunakan umpan udang sahaja..macam tak percaya je la...
Sebelum tido pukul 12mlm seekor ikan merah dapat dinaiikan dan seekor lagi ikan merah belum sempat gulung mesin ikan tu bawa lari masuk bawah sangkar dan tersangkut.. cuma lawan tarik saja..last2..putus..mungkin tak ada rezeki..
tersedar dari tidur jam 5 pagi..terus bangun,memancing sorang-sorang..memang tak sangka,dapat tawan 3 ekor ikan merah lagi..walaupun seekor sempat lari bawah sangkar..saya angkat sangkar dan sangkut pada paku,terus sujud kat papan,sebab nampak ikan tu tersangkut kat bawah.. dengan tangan benam dalam air..terus tangkap kepala..sentap dan angkat naik...fuuhhh lega...
Itu pun setelah member datang tolong pegang rod..ketika bising tu..anjing menyalak dan group pancing sedar dan mereka bangun sambung memancing...lebuh kurang 10 minit dengar suara bising,rupa-rupanya ikan merah besar dapat dinaikan...sebab besar sikit dari saya punya..bila di campu hampir 20 ekor ikan merah semuanya.
Keesokan Pagi jam 1000 pg..lepas sarapan nasi goreng..saya masak mee segera..lepas sarapan ..nak pi angkat pancing...tiba-tiba ada seekor ikan merah lagi..sebagai penutup...untuk dibawa balik..pemancing lain agak kecewa sebab umpan dah habis..nak mancing dah tak boleh...Nak pi cari umpan pun tak boleh sebab bot tak ada..
dalam pukul 12 bot sampai untuk bawa kami balik ke pengkalan..
selepas ini jika saya bawa group memancing,bot saya sentiasa parking kat sangkar ikan tu..dan biar saya beli umpan lebih,daripada umpan tak cukup..saya juga akan bawa 1 lagi umpan tambahan iaitu umpon-umpon....selain dari ikan merah..dapat Ikan Gelama,Duri,Kitang dan Ikan Tuka
Ikan yang saya dapat semua saya terpaksa ambil,sebab taukeh cina tak pun bagi duit upah memasak untuk group ni makan..sekadar beri seratus ringgit..nak makan 12 orang ..3kali makan..mana nak cukup..so..ikan yang saya dapat masuk dalam tong.bawa balik rumah.

Kepada yang ingin turun boleh call saya untuk booking bot.
Memancing di kelong sangkar ikan..bukan memancing dalam sangkar ikan.

KOS lebih kurang rm190 ke rm200 untuk seorang

(sebab cina sangkar ikan nak baayaran tinggi)
Maxima 10 pemancing- bot fiber
beserta umpan,makan minum 3 kali dan tempat tidur 2H1M

Bot Kakap Tua pun boleh pergi memancing laut dalam 2H1M..
Kos Mahal sikit rm2500
Hp saya 012-631 6132..Yusry..kat Fb Mohd Jusri..ok..TQVM
                                      MENGADAP LAUT


                                                                                                 IKAN MERAH
                              KELONG SANGKAR IKAN
                                                                                               BOT KAKAP TUA
                                                 BOT FIBER SAYA  

Khamis, 6 Februari 2014

PAKEJ LAWATAN BAJET KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG

Cadangan Lawatan Sehari Sek. Men. Pengkalan Hulu

 CADANGAN TENTATIF LAWATAN
MASA
ATURCARA
RM
HARI PERTAMA

9.00am
Dijangka sampai-Taiping Haritage Trail


Taman Tasik-Muzium Perak dan Kilang Kopi Antong

10.00am
Muzium Matang-Minum pagi

11.00am
Kilang Arang Kayu

12.00 pm
Makan tengahari

1.30 pm
Rehat -solat

2.00 pm
Lawatan Hutan Eco Pendidikan Paya Laut Matang dan menyemai benih bakau

3.30 pm
Naik bot-Aktiviti nelayan: Memancing, menangkul ketam, menyauk kerang

4.00pm
Minum petang

5.30 pm
Kuala Sepetang Trail-menjejak tapak Keretapi Tanah Melayu pertama-singgah kedai hasil laut Kuala Sepetang


7.00 pm
Mee udang Banjir

8.00 pm
Dijangka Selesai


Aktiviti Bersama Tour Guide





Aktiviti malam
 Naik Bot Melihat kelip-kelip –Rm25(Slide Show)


 Zoo Night Safari                   -Rm17                          








Jumlah Untuk Seorang Pelajar


64

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...