Khamis, 24 April 2014

PENGAMBARAN PROGRAM TV3 MEMILIH AKTIVITI DI KUALA SEPETANG

Sedikit petikan dari surat Penerbit Rancangan Sarapan TV3...




  Memohon Kebenaran Penggambaran 
       
          Memandangkan Kuala Sepetang terkenal dengan budaya yang unik serta menjadi perhatian pelancong dari luar negara, Kami berhasrat untuk mengadakan penggambaran di kuala Sepetang. Ia juga dapat mempromosi Kuala Sepetang untuk tatapan semua penonton di Malaysia. Satu episod 30 minit akan dilakukan di sekitar negeri Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.

          Seperti yang dinyatakan di atas, 'Sarapan' adalah program ‘Travel Log’, akan mengetengahkan aktiviti pagi yang boleh dilakukan sama ada selepas atau sebelum bersarapan. Rancangan Sarapan ini di keudara setiap Ahad,  Jam 9 Pagi dan telah mancapai rating sebanyak 500 ribu penonton setiap episod.
          Bagi pihak TV3, saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.


………………………………………….
Nurul Najwa Binti Md.Isa
Production Assistant
Primeworks Studios Sdn Bhd

          Ketika saya mendapat panggilan dari Najwa saya terkejut macam tak percaya pun ada,Tv3 nak datang shooting.Yang jadi masalahnya dia telifon hari Jumaat hari selasa dah nak datang,dengan surat kebenaran tak hantar lagi.
          Saya nak susun aktiviti lagi,dah la cadangan yang saya bagi dia cakap dah cover.Last-last saya buat cerita dari awal angkat kerang hingga la selesai hantar kat kampung nelayan,baru dia setuju.Semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
             Saya sentiasa mengalu-ngalukan program yang mempromosikan tempat-tempat menarik di Perak ini.

  
 Saya bersama Aisey Pengacara Sarapan

                       Krew yang terlibat dalam pengambaran                   




Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih pada:
Najwa -Production Assistant
Ain      -Produser Assintant 
Jabatan Hutan Perak
Perak Tourism
Mak Teh Me Udang Banjir
Ah Hui Taukeh Kerang
En.Ishak Harun Pembantu Guide
C.K dan Ah Leong-Botman
dan semua yang terlibat menjayakan pengmbaran ini











Isnin, 14 April 2014

PROGRAM ALAM SEKITAR UiTM SHAH ALAM

         Program yang diberi nama Damai Alam 11 yang mana siri 1 pernah dilaksanakan di Kukup Johor.Kali ini berlangsung di Kuala Sepetang Taiping Perak dengan aktiviti di susun atur oleh Kuala Sepetang Eco Track.Aktiviti yang melibatkan menyemai benih,menanam  bakau,menjelajah hutan bakau,lawatan ke kilang arang dan menaiki bot mencari kerang dan dolphin.
          Semua 82 peserta termasuk pensyarah dibahagikan dengan 3 kumpulan dengan pecahan 3 aktiviti dibantu oleh 3 Tour Guide,En Yusri,En Khairul dan En Razali.Pelajar sebenarnya teruja untuk menaiki bot memancing, melihat dolphin dan burung helang serta menyauk kerang.
 

          Semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun hanya kumpulan kedua trip naik bot yang berpeluang melihat Ikan Dolphin.Saya yang sudah biasa dengan aktiviti ini pun berpuas hati melihat mereka gembira sepanjang masa berbanding sebuah IPT dari Pantai Timur yang terencat disebabkan tiba lewat di lokasi disebabkan kerosakan bas.
          

Saya juga mengucapkan terima kasih pada urusetia program Dayana dan Athirah serta Pensyarah En Zarul,En Raiz dan Puan Liza yang sudi bersama-sama mengetuai program ini.Mereka juga sedia mengongsi ilmu dan pengalaman ketika bersama saya sepanjang program berlangsung.Segala teguran saya terima dengan hati terbuka.Sedikit komen dari mereka yang sempat saya coretkan disini serta cadangan yang boleh dipertimbangkan dari Dayana.

- Mereka lebih berdisiplin dengan menepati masa yang ditetapkan berbanding siri 1-Cik Dayana
-Semua berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini barlaku
-Kuala Sepetang Eco Track- mempunyai pakej yang unik dengan aktiviti yang menarik-En Raiz PPP
-Semuanya ok..tanpa sebarang masalah saya berpuas hati-En Zarul Pengetua
-Perlu tambah aktiviti merempuh halangan dalam lumpur-Cik Dayana Ketua Pelajar 
(Saya akan cari tempat yang sesuai sebab risiko tinggi ada ular bakau yang amat berbisa)

Kami sebenarnya amat mengalu-ngalukankan aktiviti tersebut sebab profil syarikat kami memberi keutamaan dalam menjaga alam sekitar dengan slogan "SAVE NATURE" demi menjaga persekiran yang mengekalkan kehijauan.







Khamis, 10 April 2014

IKAN LUMBA-LUMBA KUALA SEPETANG

          Pada lawatan kali ini rombongan dari SMK Sultan Omar dari Dungun Terengganu melawat dibawah pakej Kuala Sepetang Eco Tourism.Kehadiran 24 pelajar istimewa serta 5 orang guru  ini diketui Cikgu Azram bermula dari Bukit Merah,Bukit Larut dan Kuala Sepetang.
          Lawatan pertama dibawah kendalian saya bermuala di Muzium Ngah Ibrahim,Kilang Arang,Hutan Eco Pendidikan,naik bot memancing, melihat kelip-kelip dan makan malam di Kedai Mee Udang Banjir Mak Teh.
 
Kenangan yang sukar dilupakan adalah bertemu dengan ikan lumba-semasa aktiviti river cruise.
Air hari ni memang cantik,tenang dan jernih kehujauan.Yang menyeronokan.. apabila dapat melihat Ikan Dolphin bermain-main depan bot kami seolah-olah menyambut ketibaan kami.Belum saya temui ikan sebanyak ini sepanjang bawa pelancong,malah muncul di tepi bot saja.Kalau nak dikira melebihi 15 ekor sebab muncul dalam 3-4 dalm kumpulan kecil.
          Saya risau cuaca mendung,sebab sehari dua ini cuaca tak menentu kejap hujan kejap mendung.Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Saya amat bersyukur kerana dapat mengembira mereka anak-anak istimewa ini...,mungkin dengan kehadiran mereka Allah permudahkan segala urusan..disebalik kekurangan mereka ada kelebihan yang kita tidak ketahui.Begitu juga cabaran guru-guru yang mendidik mereka ini..perlukan kekuatan dan kesabaran ..Ganjaran juga hanya Allah yang lebih mengetahui.
         Balik dari aktiviti memancing kami terus ke Sungai Sepetang untuk melihat kelip-kelip.Selesai semua aktiviti perut pun dah lapar kami singgah untuk makan malam di Me Udang Banjir Mak Teh.Majlis selesai selepas pertukaran cenderahati dengan pelajar.
Link SMKSO Dungun Terengganu..http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com/

                                                   Ikan Dolphin menunjukan rupanya yang cute

Atas Bot Kakap Tua

Pertukaran Cenderahati
Tanda terima kasih bersama pelajar dan Cikgu Azram


Khamis, 3 April 2014

PAKEJ MEMANCING LANGKAWI 2

         Trip memancing 2014 dengan bot baru yang laju, 2 enjin 175 tiap satu memang laju tak sampai 15 minit dari jeti sudah sampai ke port lubuk ikan.Dengan air biru rasa macam nak terjun mandi saja,sebab kat Kuala Sepetang air yang keruh dan jauh nak le laut.Jauh berbeza dengan Langkawi.
          Munggunakan umpan udang hidup,sotong dan umpon-umpon lagi pun udang hidup sudah biasa menjadi umpan pemancing di sini.
       
       
            Berjaya juga kami menaikan ikan kerapu..walaupun 2-3 ekor ikan terlepas dari mata kail.Biasa yang
dapat di sini ikan selain kerapu Ikan Ebek,Gerepoh,Senangin, Pari dan lain-lain spesis besar antara 2kg 20kg.
          Kos pakej bergantung jarak jeti ke lubuk biasa kos 1 bot antara rm1000-rm2000,sebab pakej boleh pilih mengikut kemampuan pemancing.Masa 1/2 hari,1hari,2H1M atau 3H2M,bot juga boleh mengambil pemancing di jeti Kuala Perlis hanya 30 minit perjalanan dari Langkawi.
         Yang berminat boleh hubungi saya 012-6316132 atau Cek Jas 013-4768886 untuk tempahan.

 

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...