Sabtu, 28 November 2015

PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG

BIODATA PEMANDU PELANCONG
 MOHD JUSRI B MOHD YUSOFF  TG12365
Mula menceburi dalam bidang eco pelancongan secara sambilan pada tahun 2012 selepas bersara dari Angkatan Tentera.Apabila ramai pelancong yang datang ketika itu beliau mula membuka langkah dengan mengambil lesen Pemandu Pelancong pada 2013.Pada tahun tersebut juga ramai pelancong dan rombongan sekolah yang datang ke Kuala Sepetang yang jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun.Pada tahun 2015 ini sahaja beliau sudah membawa 101 trip rombongan dengan 5127 pelancong,termasuk pelancong yang datang tidak membuat tempahan.

Nama Kuala Sepetang mula terkenal dengan me udang banjir adalah tarikan utama pelancong disini.Pelbagai lagi tempat menarik di sini termasuk kilang arang ,sejarah Keretapi Tanah Melayu,Pusat Eko Pelajaran,hutan bakau,bot jelajah sungai, kelip-kelip Sg Sepetang,ikan lumba-lumba dan Taiping Bandar Warisan.

Kebiasaannya tempahan yang diterima dari rombongan IPTA,SMK, SK dan NGO yang menggunakan perkhidmatan beliau bagi menjalani program di Kuala Sepetang ini.Tidak ketinggalan juga pelancong dari luar negara juga datang dengan beliau termasuk Ubekistan, Eropah,Australia,Macau,India Francis dan Jepun datang ke melawat tempat-tempat menarik di sini.

Beliau juga mengutamakan layanan yang terbaik dan mesra dengan pelancong adalah tema dalam memberi perkhidmatan mengikut kehendak pelancong yang datang.Pelbagai pakej yang ada disini menyebabkan pelancong meningkat dari tahun ke tahun yang mana majoritinya pelajar yang menyertai program pedidikan alam sekitar dengan aktiviti menyemai atau menanam anak pokok bakau yang dijalankan di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang.

Stesen TV juga tidak ketinggalan menggunakan perkhidmatan beliau untuk progran di Kuala Sepetang dan Taiping.Memulakan dengan rancangan Cuti-Cuti 1Malaysia bersama TV Al-Hijrah,Sarapan TV3 dengan 3 episod,TV2 Jelajah Masakan Pegro bersama Chef Liza dan TVi Jaguh Joran peringkat separuh Akhir sebagai tekong dan pengadil rancangan tersebut.

Peningkatan kedatangan pelancong meningkat setiap tahun iaitu seramai 
22 000 pelancong pada tahun 2013 dan tahun  46 000 pelancong pada tahun 2014 datang ke sini.Malah pengusaha bot pelancong juga meningkat dari 3 buah pada 2012 sekarang sudah mencecah 3buah beroperasi di sini.Pelancong yang datang ke sini seolah-olah satu kewajipan untuk menaiki bot bagi menikmati keindahan suasana perkampungan nelayan dan kecantikan hutan paya laut yang terbentang luas.

TESTIMONI
Pensyarah UiTM Puncak Alam
“Kuala Sepetang mempunyai satu pakej yang lengkap dan unik berbanding dengan lain-lain tempat yang pernah saya lawati.Kami amat berpuashati dengan
layanan sepanjang Program Damai Alam 11 di sini, berbanding dengan Damai Alam 1 di selatan semenanjung agak mengecewakan ”


Puan Azrina bt Mohd Zawawi-SMK Raja Lope Tanjung Piandang Perak

Terima kasih diatas penganjuran lawatan yang sungguh berinfomasi.Sangat berbaloi dari segala aspek seperti Sejarah,Sains,Biologi serta reakrasi.Sebagai seorang guru saya memang mecadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan aktiviti sebegini lagi untuk para pelajar pada masa akan datang.Banyak juga maklumat baru yang guru perolehi sepanjang lawatan di sini.Memang terbaik 5 bintang dari kami.Inshaalah kami akan datang lagi pada bulan November nanti”



















Isnin, 26 Oktober 2015

GAMBAR ECO PELANCONGAN MENARIK DI KUALA SEPETANG

Tourism Perak meminta pada saya gambar-gambar menarik di sekitar Kuala Sepetang untuk di masukan ke slide semasa Anugerah Pelancongan Taiping diadakan di Ipoh nanti.dalam senarai banyak gambar menarik yang saya ada.Eco pelancongan di sini adalah satu distinasi terbaik untuk pelancong menikmati suasana hutan bakau dan melihat sendiri aktiviti nelayan.









Rabu, 16 September 2015

PENINGKATAN PELANCONG DI KUALA SEPETANG

Kuala Sepetang merupakan kawasan agak terpencil di daerah Matang yang terkenal dengan makanan me udaang banjir.Saya mula menjadi seorang guide secara sambilan pada tahun 2010.Selepas mendapat lesen Nature Guide baru saya bergiat aktif dalam eco pelancongan ini.

Sepanjang saya menjadi guide di Kuala Sepetang ini saya amat terkejut dengan jumlah kehadiran pelancong yang meningkat dari tahun ketahun yang berikutnya.Baru-baru ini saya menghadiri mensyuarat pengusaha pelancongan bersama MPT,Eco pelancongan di sini mula mendapat perhatian PBT dan kemmenterian berkaintan,termasuk juga Jabatan Laut kerana pertambahan bot pelancong yang meningkat secara mendadak.

Saya juga terima statistik carta kehadiran pelancong ke sini dari tahun 2010 dari pihak Pelancongan MPT.


  • TAHUN 2010          16 000 PELANCONG         BOT PELANCONG      3   BUAH BOT
  • TAHUN 2013          22 000 PELANCONG         BOT PELANCONG      10 BUAH BOT
  • TAHUN 2014          46 000 PELANCONG         BOT PELANCONG      20 BUAH BOT
Sejak akhir-akhir ini jugak saya bawa media elektronik membuat pengambaran termasuk TV3,NTV7,Astro dan RTM.Ada juga media masa yang memaparkan artikel berkenaan tempat-tempat menarik serta produk eco pelancongan menarik ramai pelancong untuk datang melawat.

                                                       KELONG SANGKAR IKAN

Salah satu produk baru adalah sangkar ikan untuk pelancong melawat dan memberi ikan makan.Pada mulanya saya sekadar memberi cadangan pada Ah Pin taukeh sangkar untuk membina sangkar ikan bagi pelancong singgah.Namun bila siap, bukan saja saya hantar pelancong ke sini,ada ramai pengusaha bot pelancong yang turut bawa pelancong singgah untuk melihat ikan dalam sangkar.



Selain itu tempat ini juga terkenal dengan sejarah keretapi pertama di Tanah Melayu pada ketika itu 1885 di bini di sini.Tujuannya adalah untuk menghantar bijih timah dari Taiping ke Port Weld sebagaai pelabuhan memindahkan hasil bumi dari Tanah Melayu ke British.

Produk arang kayu yang dikomersialkan dari kayu bakau jugak merupakan produk terbaik disini juga mendapat perhatian pengunjung.Kebiasaan pelancong akan singgah untuk melihat kilang arang di tepi jalan sebelum sampai ke pekan Kuala Sepetang,sebab ianya dekat dan mudah untuk pelancong datang melawat.


Sebagai kesimpulannya,semua pihak perlu bersatu tenaga bagi mempromosi dan membangunkan produk eco pelancongan bagi menambah pendapatan komuniti setempat dan negara.Kesempatan yang ada perlu direbut bagi menjana ekonomi penduduk yang majoritinya nelayan,agar taraf pendapatan dapat dinaikan untuk memajukan ekonomi pada masa akan datang.

Jumaat, 31 Julai 2015

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEMULAJADI UNTUK PELAJAR

Program ini sesuai untuk pelajar kerana lebih memberi manfaat pendidikan kesedaran dari peringkat muda karana kami bersedia memberi tunjuk ajar dan mendidik agar pelajar dapat menerapakan nilai-nilai murni pada diri masing-masing.Sepanjang kami mengendalikan progran tersebut ramai guru dan pensyarah berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan.  
Di sini disertakan contoh pakej sehari program alam sekitar dan bot river cruise..cuma harga antara rm70 ke rm100 sahaja untuk seorang pelajar termasuk 3 kali makan.Perubahan harga bergantung pada aktiviti yang di pilih.

JADUAL LAWATAN
0930 Muzium Matang
1000 Minum Pagi-Nasi Lemak
1030 Tiket Masuk Pusat Eko Pelajaran
1100 Bot river cruise Ke Pulau Kuala Sangga-melihat burung dan cari dolphin
1330 Makan Tengahari-Me Udang Banjir
1430 Sembahyang zohor
1500 Program alam sekitar-Semai bakau,kilang arang dan treking pelantar 
1530 Pusat Interpitasi Hutan Bakau
1630 Kuala Sepetang Harirage Trail
1700 Minum petang-majlis penyampai sijil alam sekitar dan cenderahati
1800 Bertolak balik




PROFIL SYARIKAT
-SYARIKAT Kuala Sepetang Eco Track.
-Lesen dan syarikat berdaftar dengan SSM
-Permit bot pelancong
-Lesen Tour Guide
-Staf berpengalaman dalam bidang hutan bakau
(harga tidak termasuk pengangkutan
Keluarga atau syrikat swasta juga boleh ambil pakej ni. 


Setakat tahun ini antara bulan Jan dan bulan Jun saya sudah terima 60 lawatan(buku pelawat) dengan 2500 pelawat yang ambil pakej disini tidak termasuk keluarga yang walk in.

Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang dijalankan di
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang yang merangkumi :
1. Taklimat pokok bakau
2. Taklimat hutan paya laut
3. Taklimat pengurusan Hutan Paya Laut Matang
4. Mangrove forest walk 1.5km
5. Menyemai benih bakau
6. Melawat kilang arang kayu
7. Sijil Penyertaan





Selasa, 14 Julai 2015

KELIP-KELIP KUALA SEPETANG

Kelip-kelip Sg. Sepetang merupakan kelip-kelip yang terbanyak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.Ramai pelancong yang datang untuk melihat keunikan kelip-kelip Sg. sepetang ini.
Saya akan mengaturkan bot untuk dinaiki oleh pelancong melihat kelip-kelip memandangkan kelip-kelip ini hidup di pokok Bakau Barembang yang terletak di sepanjang Sg Sepetang ini.

Perbezaan di sini berbandingkan dengan Kuala Selangor ada masa perjalanan,sungai dan bot.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 90 minit dan sungai yang agak besar serta bot pelancong menggunakan injen 100 kuasa kuada keatas.Kebiasaan pelancong ramai ketika hujung minggu dan cuti umum.Di sini pelancong boleh naik bot pergi melihat kelip-kelip dari Kuala Sepetang dan dari jeti Kg Dew,Kamunting.

Bot saya beroperasi di Jeti Jabatan Hutan dan boleh juga naik di Pekan Kuala Sepetang mengikut kehendak pelancong.Lebih mudah jika pelancong buat tempahan awal bagi memudahkan untuk saya menetapkan masa yang sesuai.

Kelip-kelip di sini tidak mempunyai musim.kecuali ia berkurangan hanya ketika hujan lebat sahaja.Sepanjang trip bot saya akan memberi penerangan habitat kehidupan kelip-kelip dan jenis spesis yang hidup pada eco sistem di sini.Kepada yang berminat nak datang boleh hubungi saya
012-631 6132  Yusri.

                                                           
                                                                        BOT PELANCONG


SENJA

                                                                          KELIP-KELIP

Khamis, 25 Jun 2015

PAKEJ DISTINASI BAJET NEGERI PERAK-SMK TMN MELAWATI

Saya ingin mencadangkan supaya anda di luar sana cuba datang ke Kuala sepetang yang saya maksudkan sebagai distinasi yang dicari.Sekarang nama Kuala Sepetang mulamenempa nama di persada Malaysia sebagai distinasi percutian yang memiliki eco system hutan bakau yang menarik dan cantik.
Perjalanan dengan kenderaan dari Kuala Lumpur hanya menyambil masa 4 jam dengan meyusuri tol Bkt Gantang/Changkat Jering.Dari tol tersebut hanya 15km sahaja ke sini,yang mana kebiasaan keluarga memilih untuk menikmati me udang banjir yang popular dengan udangnya yang besar dan banyak.Bila ditanya me udang mana yang sedap,saya tak dapat nak beri jawapan sebab rasa terletak pada selera dan rasa masing-masing.Cuma saya dapat ceritakan lokasi serta nama kedai sahaja,mula-mula jumpa Me Udang Mak Teh di Kg Tebuk,Me Udang Mak Jah di Kg Menteri dan e Udang Salleh Stall di pekan Kuala Sepetang yang mula-mula menjual me udang.
Ramai pengunjung yang datang pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.Selain itu ada beberapa produk eco pelancongan di sini selain mee udang termasuk kilang arang.Pusat Eco Pelajaran,bot River cruise dan lain-lain lagi.Tidak ketinggalan sejarah keretapi juga bermula di sini suatu ketika dahulu.Buka saja keluarga,saya juga menerima tempahan dari pihak sekolah dan IPTA untuk membuat lawatan sambil belajar dan merasai aktiviti nelayan di sini.Kebiasaannya jadual lawatan,penginapan,makan minum serta aktiviti sudah pun saya susun mengikut kehendak guru atau pensyarah rombongan.

Bagi memudahkan tugasan kami di sini menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan pemandu pelancong yang berpengalaman serta bertauliah akan mengiringi pelajar yang terlibat sepanjang lawatan.

Sekolah yang baru selesai membuat lawatan adalah SMK Taman Melawati Kuala Lumpur yang diiringi oleh cikgu Zaila dan dibantu oleh 3 lagi guru iringan.Target yang sukar adalah mencari  dolphin di perairan Sungai Sangga ke Selat Melaka.Saya akan terkejut apabila ibubapa murid yang inginkan anak-anak mereka dapat melihat dolphin.
Kebiasaan saya jumpa pada waktu tengahari ketika mamalia tersebut mencari makan.Pada Jam 11.30 pagi saya terpaksa menghentikan aktiviti di hutan bakau untuk memilih menaiki bot dan aktiviti bakau bersambung selepas waktu zohor.

Setelah berdoa sebelum bertolak saya nasihatkan pelajar jangan terlalu exciterd dan niat di hati untuk melihat dolphin timbul di permukaan air.Syukur ..Alhamdulillah ketika kami sampai di simpang sungai Sangga Kecil kelihatan mamalia tersebut timbul dipermukaan air betul-betul depan bot yang saya naik.
Bot dibelakang cuba mengejar ada yang sempat dan ada yang tidak,sebab kami guna 3 bot bersama 40 orang peserta semuanya.Selepas itu kami terus ke Kuala Sangga untuk merasai sendiri menyauk kerang seperti nelayan kerang.



Pada waktu malam majlis penutup disudahi dengan persembahan pelajar dan penyampaian cenderahati.
Keesokan hari pelajar bertolak ke Industri Labu Sayong di Kg Dall Kuala Kangsar.Melihat cara menghasilkan labu sayong dan membeli sedikit cenderahati untuk dibawa balik.Selepas itu saya hantar mereka ke Galeri Sultan Perak sebagai penamat lawatan.Saya cadangkan tidak pergi ke Dataran Sg Perak sebab kesibukan hari minggu sukar mengawal pelajar serta tiada tempat meletak kenderaan seperti bas rombongan.
Selepas itu bas terus menyusuri lebuhraya dan singgah di RnR Sg Perak untuk makan tengahari dan terus pulang ke Kuala Lumpur.Saya dimaklumkan mereka sampai si sekolah pada jam 6.30 petang ada ibubapa sudah pun menunggu untuk menjemput anak-anak balik kerumah dengan membawa kenangan menarik dari  Kuala Sepetang.
   


TERIMAKSIH SEMUA GURU DAN PELAJAR SMK TMN MELAWATI
JUMPA LAGI JIKA ADA REZEKI




Khamis, 14 Mei 2015

PERMANDANGAN MENARIK TAIPING,BUKIT MERAH DAN KUALA SEPETANG



Permandangan yang menarik dan cantik diambil dari pengambaran Tourism Perak dengan kamera dron seolah-olah kita sedang menaiki helikopter.Pengambaran di Kuala Sepetang dengan menggunakan Bot KSET dan Bot Damia kebetulan menjumpai ikan lumba-lumba(Dolphin).
Saya amat menyokong pihak pelancongan memperbanyakan promosi tempat-tempat menarik di Daerah dan Negeri Perak ini.

Video ini juga banyak di tayangkankan di Hotel Perdana dan MPT untuk tontonan pengunjung yang datang dan berehat di ruang lobi.
Bagi saya kita lebih luas pandangan melalui video yang memaparkan keseluruhan tempat dalam sudut pandang 360 darjah.

Sebenarnya banyak tempat menarik dan bersejarah terletak di sini cuma kadang-kadang kita terlepas pandang untuk berkunjung ke sini.

Ramai yang datang ke Kuala Sepetang adalah terdiri dari pada berbagai peringkat umur.Yang mengambil pakej dari syarikat kami adalah pelajar SK,SMK,IPTA dan Syarikat Swasta yang menjalankan aktiviti alam sekitar.Malah ada juga datang semata-mata hendak melancong sebab di sini juga hotel dan homestay untuk pelancong.

Banyak rombongan datang selepas tamat peperiksaan dan kami terpaksa menambah staf bagi melancarkan program lawatan dan bersedia memberi penerangan  kepada tetamu yang datang.
                Kami telah mengatur jadual atau tentatif  lawatan telah pun melantik seoran Guide untuk membawa rombongan sepanjang lawatan berlangsung.Pakej yang disediakan termasuk: 
 -Makan dan minum
-Penginapan
-Tour Guide
-Bot Pelancong
-Dewan dan cafe
-Sound System dan projector dan lain-lain 
                Kami juga menerapkan nialai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar serta pendidikan dalam menghijaukan bumi.Banyak rombongan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi serta penerangan yang mendalam tentang hutan bakau oleh pengawas hutan dari Jabatan Hutan.

                Mengikut draf kedatangan pengunjung samakin hari semakin meningkat termasuk pelancong dari luar negara.Salah satu tarikan di sini adalah makanan me udang banjir dan juga pegurusan hutan bakau terbaik serta pendapat pengitirafan dunia.
                                                                               
                                                                                               UNIKL-MFI
                                                                                 (Program Alam Sekitar dan CSR)

 
                                                                   PLAN TRIP RIVER CRUISE

                                                                                      HARIAN METRO
                                                                                              (PAK ABU)








Khamis, 30 April 2015

KURSUS C.T.R.E-CONTINUING TOURISM RELATED EDUCATION

KURSUS CTRE UNTUK PEMANDU PELANCONG BERLESEN

PTGA akan menganjurkan kursus tersebut di Kuala Sepetang Perak sehari sahaja dengan mendapat 2 sijil ctre.Maklumat adalah seperti berikut

Tarikh:  17hb Mei 2015
Hari    :  Ahad
Masa  :  8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat:Muzium Matang

Tentatif adalah seperti berikut:

08.30a.m. (sharp)~ Matang Muzium Kuala Sepetang
09.30a.m. ~Joss-stick Factory
visit Joss-stick making Factory.
CTRE 1: COTTAGE INDUSTRY OF MALAYSIA
10.30a.m. ~Charcoal Factory
The charcoal factory in Matang is located right in the middle of a spectacular mangrove forest since 1940.
Every single process in a charcoal factory is manually done. Charcoal production is a long process and involves lots of man power.
11.45a.m. ~Seafood Lunch
Enjoy the delicious seafood lunch at local famous restaurant
1.00p.m. ~River cruise,Eagle feeding,Fish farm & Kuala Sangga
Take a boat ride – using the daily path of the fisherman out to sea.
This is the place where you can see dolphins . (if you are lucky)
See the fisherman doing their job harvesting cockles and feeding the fish in the farm .
Enjoy amazing and wonderful eagle feeding .
Activities such as fish feeding, playing with horse shoe crab and puffer fish.
CTRE 2 - TOURISM PRODUCT OF PERAK – KUALA SEPETANG
3.30p.m. – kuala sepetang village
Free to walk around kuala sepetang and try out the local hawker food especially the Curry Mee and Chinese Paus
Shop for local products .
5.00pm - Depart for Ipoh.

PRICE: RM150.00 – ex Ipoh
( include - boat ride, 1 lunch, 2 CTREs)
Note:- Attire - T-shirts with collar, long pants, walking shoes
(No. Jeans and slippers)
Contact:
Mr. Mohd Jusri Yusof-012-631 6132
 Ms. Aida 05-2420897
011 – 12471944
Watsap : 012-4299950 ( Ms. Aida)
BOOK EARLY – FIRST COME FIRST SERVE
CLOSING DATE: 12TH MAY 2015 (TUESDAY)
 




Rabu, 22 April 2015

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PT3

Menguruskan lawatan sambil belajar SMK Puchong Perdana KL pada 17 dan 18 Apr 2015.Terima kasih Cikgu Rohanah yang diberi kepercayaan untuk mengetuai 134 orang pelajar termasuk guru datang melawat Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.
Saya mengetuai misi menjayakan lawatan di sini yang dibantu oleh 5 orang krew bagi melancarkan program lawatan di sini.
Lawatan UniKL MFI pada 2 hari sebelumnya membuat aktiviti alam sekitar komuniti gotong -royong Masjid Kuala Sepetang







Khamis, 2 April 2015

SENJA YANG CANTIK KUALA SEPETANG

Mencari sunset yang cantik di muara sungai atau lautan agak sukar kadang-kadang yang dicari tak muncul-muncul.Saat-saat permandangan yang begini tak perlu tunggu,capai saja kamera ataupun smartphone yang ada snap secepat yang boleh memandangkan masa matahari yang nak terbenam adalah terlalu singkat.

Kebiasaanya saya bawa bot pelancong cuba memusingkan bot untuk ambil kedudukan yang stategik bagi merakamkan detik-detik menarik di sini.Malah cuba cari objek ayang melintas atau apa-apa objek yang ada di situ agar gambar tidak kelihatan kosong.

Di Kuala Sepetang ini tidak ramai yang tahu produk pelancongan di sini sedang rancak dengan kehadiran ramai pelancong untuk datang menikmati suasana perkampungan nelayan dengan menaiki bot river cruise.

Yang orang ramai sedia maklum Kuala Sepetang terkenal dengan mee udang banjir sahaja, sedangkan banyak lagi tempat yang menarik sedia menanti anda di sini.Pada pihak berkuasa tempatan termasuk Tourism Malaysia atau Perak perlu pergiatkan promosi tentang eco pelancongan di sini.

Ada satu keluarga dari Kuala Lumpur yang datang awal untuk merasa mee udang banjir Kuala Sepetang terpandang banting Bot River Cruise yang tergantung di kedai Mak Teh Kg Tebok.Mereka terus menghubungi saya untuk mencuba naik bot river cruise.

Dia memberitahu saya yang mereka tidak tahu sebenarnya ada aktiviti bot pelancong di sini.Jika mereka tidak nampak banting yang tergantung di kedai Mak Teh,mungkin mereka dah bertolak balik.

Ada satu keluarga lagi yang datang dari Sungai Petani saya bawa trip terakhir pada cuti tahun baru cina sempat merakamkan detik menarik matahari terbenam sambil melihat kejinakan burung helang banyak bermain di permukaan air.

Jika ada keluarga yang ingin menikmati keindahan di sini boleh datang cuba melihat sendiri keunikan suasana permandangan di sini.Untuk yang ingin bermalam, homestay dan hotel berdekatan dengan Kuala Sepetang sedia untuk menerima tempahan dengan harga berpatutan mengikut kemampuan anda.

Saya sebagai Tour Guide juga sedia memberi penjelasan sekiranya ada pertanyaan dari anda.
Boleh hubungi saya di talian atau whatssaps 012-631 6132.









  

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...