Selasa, 17 Februari 2015

TEMPAT MENARIK DI TAIPING DAN KUALA SEPETANG

Jika berhajat ingin melancong ke Utara Perak bolehlah cuba mengunjungi Taiping Bandar Warisan dan Kuala Sepetang.Saya sebagai Pemandu Pelancong di sini bersedia membantu anda untuk memilih pakej dan mengongsi sedikit maklumat bagi memudahkan perjalanan anda.

Di Taiping banyak tempat termasuk Taman Tasek,Bukit Larut,Zoo Taiping,Muzium Perak,dan tempat berkelah di Burmuse Pool.Di sini boleh di ketegorikan sebagai detimaso bajet untuk semua memandangkan kos yang murah termasuk makan dan minum serta penginapan hotel.Pemilihan bergantung pada kehendak anda,saya boleh cadangkan hotel bajet,motel ataupun homestay.


Di Kuala Sepetang merupakan banyak produk baru untuk melancong selain me udang banjir yang popular di sini.Me Udang Mak Teh,Me Udang Mak Jah atau Me Udang Salleh Stall sudah biasa menjadi pilihan pelancong.Apa yang saya cuba ketengahkan di sini adalah masa yang terluang dapat sama manfaatkan dengan mengambil angin di muara sungai serta dapat melihat sendiri aktiviti nelayan di sini.


Bot River Cruise menjelajah sungai selama 35 minit dapat melihat keindahan muara dan hutan bakau dengan lebih dekat dan luas di sini.


Apa yang menarik adalah melihat burung helang yang banyak, tak perlu lagi ke Langkawi untuk

kos yang agak tinggi.Selain itu saya cuba senaraikan di sini tempat menarik yang sedia menanti anda
termasuklah:

1.Pusat Eko Pendidikan Hutan Paya Laut Matang Kuala Sepetang
2.Bot River Cruise 35minit
3.Bot ke Kuala Sangga 90 minit
4.Bot melihat Kelip-kelip jam 7.30mlm
5.Kilang Arang
6.Industri hasil laut
7.Memancing
8.Muzium Matang 
9.Warisan KTM 1885
10.Treking Hutan Bakau




Statistik lawatan pelajar dan pelancong pada tahun 2014 adalah 6000 orang,dan sasaran pada tahun 2015 adalah 10 000 orang memandangkan Kerajaan Negeri Perak berusaha mempromosikan Kuala Sepetang dengan lebih giat lagi.Malah Hutan Lipur Negeri Perak sedia bekerjasama bagi menaikan nama Kuala Sepetang dengan lebih luas lagi.Setakat ini pelancong luat negeri cuma datang melalui travel agen dan ada yang datang melihat hutan bakau tanpa merancang atau tahu adanya bot pelancong di sini.

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...