Khamis, 30 April 2015

KURSUS C.T.R.E-CONTINUING TOURISM RELATED EDUCATION

KURSUS CTRE UNTUK PEMANDU PELANCONG BERLESEN

PTGA akan menganjurkan kursus tersebut di Kuala Sepetang Perak sehari sahaja dengan mendapat 2 sijil ctre.Maklumat adalah seperti berikut

Tarikh:  17hb Mei 2015
Hari    :  Ahad
Masa  :  8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat:Muzium Matang

Tentatif adalah seperti berikut:

08.30a.m. (sharp)~ Matang Muzium Kuala Sepetang
09.30a.m. ~Joss-stick Factory
visit Joss-stick making Factory.
CTRE 1: COTTAGE INDUSTRY OF MALAYSIA
10.30a.m. ~Charcoal Factory
The charcoal factory in Matang is located right in the middle of a spectacular mangrove forest since 1940.
Every single process in a charcoal factory is manually done. Charcoal production is a long process and involves lots of man power.
11.45a.m. ~Seafood Lunch
Enjoy the delicious seafood lunch at local famous restaurant
1.00p.m. ~River cruise,Eagle feeding,Fish farm & Kuala Sangga
Take a boat ride – using the daily path of the fisherman out to sea.
This is the place where you can see dolphins . (if you are lucky)
See the fisherman doing their job harvesting cockles and feeding the fish in the farm .
Enjoy amazing and wonderful eagle feeding .
Activities such as fish feeding, playing with horse shoe crab and puffer fish.
CTRE 2 - TOURISM PRODUCT OF PERAK – KUALA SEPETANG
3.30p.m. – kuala sepetang village
Free to walk around kuala sepetang and try out the local hawker food especially the Curry Mee and Chinese Paus
Shop for local products .
5.00pm - Depart for Ipoh.

PRICE: RM150.00 – ex Ipoh
( include - boat ride, 1 lunch, 2 CTREs)
Note:- Attire - T-shirts with collar, long pants, walking shoes
(No. Jeans and slippers)
Contact:
Mr. Mohd Jusri Yusof-012-631 6132
 Ms. Aida 05-2420897
011 – 12471944
Watsap : 012-4299950 ( Ms. Aida)
BOOK EARLY – FIRST COME FIRST SERVE
CLOSING DATE: 12TH MAY 2015 (TUESDAY)
 




Rabu, 22 April 2015

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PT3

Menguruskan lawatan sambil belajar SMK Puchong Perdana KL pada 17 dan 18 Apr 2015.Terima kasih Cikgu Rohanah yang diberi kepercayaan untuk mengetuai 134 orang pelajar termasuk guru datang melawat Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.
Saya mengetuai misi menjayakan lawatan di sini yang dibantu oleh 5 orang krew bagi melancarkan program lawatan di sini.
Lawatan UniKL MFI pada 2 hari sebelumnya membuat aktiviti alam sekitar komuniti gotong -royong Masjid Kuala Sepetang







Khamis, 2 April 2015

SENJA YANG CANTIK KUALA SEPETANG

Mencari sunset yang cantik di muara sungai atau lautan agak sukar kadang-kadang yang dicari tak muncul-muncul.Saat-saat permandangan yang begini tak perlu tunggu,capai saja kamera ataupun smartphone yang ada snap secepat yang boleh memandangkan masa matahari yang nak terbenam adalah terlalu singkat.

Kebiasaanya saya bawa bot pelancong cuba memusingkan bot untuk ambil kedudukan yang stategik bagi merakamkan detik-detik menarik di sini.Malah cuba cari objek ayang melintas atau apa-apa objek yang ada di situ agar gambar tidak kelihatan kosong.

Di Kuala Sepetang ini tidak ramai yang tahu produk pelancongan di sini sedang rancak dengan kehadiran ramai pelancong untuk datang menikmati suasana perkampungan nelayan dengan menaiki bot river cruise.

Yang orang ramai sedia maklum Kuala Sepetang terkenal dengan mee udang banjir sahaja, sedangkan banyak lagi tempat yang menarik sedia menanti anda di sini.Pada pihak berkuasa tempatan termasuk Tourism Malaysia atau Perak perlu pergiatkan promosi tentang eco pelancongan di sini.

Ada satu keluarga dari Kuala Lumpur yang datang awal untuk merasa mee udang banjir Kuala Sepetang terpandang banting Bot River Cruise yang tergantung di kedai Mak Teh Kg Tebok.Mereka terus menghubungi saya untuk mencuba naik bot river cruise.

Dia memberitahu saya yang mereka tidak tahu sebenarnya ada aktiviti bot pelancong di sini.Jika mereka tidak nampak banting yang tergantung di kedai Mak Teh,mungkin mereka dah bertolak balik.

Ada satu keluarga lagi yang datang dari Sungai Petani saya bawa trip terakhir pada cuti tahun baru cina sempat merakamkan detik menarik matahari terbenam sambil melihat kejinakan burung helang banyak bermain di permukaan air.

Jika ada keluarga yang ingin menikmati keindahan di sini boleh datang cuba melihat sendiri keunikan suasana permandangan di sini.Untuk yang ingin bermalam, homestay dan hotel berdekatan dengan Kuala Sepetang sedia untuk menerima tempahan dengan harga berpatutan mengikut kemampuan anda.

Saya sebagai Tour Guide juga sedia memberi penjelasan sekiranya ada pertanyaan dari anda.
Boleh hubungi saya di talian atau whatssaps 012-631 6132.









  

TEMPAT TUMPUAN KAJIAN MARITIM DAN SAINS MARIN-KUALA SEPETANG

MUARA KUALA SEPETANG JADI TUMPUAN KAJIAN DAN PENYELIDIK IPTA
Coretan sepanjang trip menyiapakan tugasan penyelidik dari UMT

Pensyarah Fakulti Pengajian Maritim dan Sain Marin Universiti Malaysia Terengganu Pror. Dr. Satya yang mengetuai penyelidikan telah menginap di Jabatan Hutan Kuala Sepetang selama seminggu bagi menyiapakan tuagasan dibantu 2 lagi pensyarah bersama 22 pelajar 13 buah Negara.Perbincangan bot dengan jabatan hutan menemui kegagalan,ketika itu saya dipanggil bagi membantu member perkhidmatan bot sepanjang trip berlangsung.

Saya cuba memberi perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan memandangkan bot tidak menerima tempahan dari mana-mana pihak ketika itu.Setelah semua pihak bersetuju,malam pertama membawa semua pelajar untuk melihat keindahan kelip-kelip di Sungai Sepetang pada malam tersebut.Pelajar semua teruja melihat keindahan kelip-kelip yang tidak pernak melihat sebelum ini.



Hari kedua,bermula dengan taklimat dalam bilik mensyuarat,makan tengahari dan menaiki bot bersama peralatan selepas waktu zohor kira-kira jam 2 petang.Saya tidak dapat untuk join trip kerana ada tugasan di Hotel Pedana,menyerahkan tugasan pada sahabat baik saya Sham Masid yang mengetui konvoi bot juga sebagai guide pada hari tersebut.

Port yang dituju pada hari itu di muka laut Kuala Sangga untuk meletakan pengesan seperti torpedo untuk mengesan tekanan dan arus air pasang surut.Selepas itu mereka masuk kehutan bakau mencari spises yang hidupan dan eco system hutan bakau yang menyesuaikan diri dengan air masin.
Pada hari seterusnya pergi ke Pulau Kuala Sangga melihat kehidupan komoniti cina yang terasing dari tanah besar semata-mata mengguinakan bot sebagai pengangkutan.Kebetulan pula dapat berjumpa dengan ketua kampong dapat mengongsi ilmu dan maklumat masyarakat di sini.Masyarakat disini yang bekerja nelayan sepenuh masa serta menghasilkan produk hasil laut.
PERALATAN YANG DIBAWA

Mempunyai sebuah sekolah SJKC Poay Chee,10 orang guru serta 25 orang murid sahaja.Rumah mereka mempunyai palong tadahan air hujan dan sumber letrik menggunakan generator.Ramai anak-anak mereka yang telah bekeluarga berhijrah ke bandar.Yang tinggal hanya orang tua serta anak yang sanggup meneruskan kerja sebagai nelayan.

Sesekali apabila sambutan Tahun Baru Cina barulah ramai anak-anak mereka balik mejengok orang tua mereka di sini.Apabila hujung minggu dan cuti sekolah ramai pelancong datang kesini dengan menaiki bot pelancong menikmati keindahan laut serta melihat kehidupan nelayan yang terasing di mana dengan menaiki bot mengambil masa 30 minit untuk sampai.
Kuala Sepetang yang menjadi daya tarikan pelancong merupakan icon pelancongan yang semakin mendapat perhatian ramai pengunjung datang ke sini.Saya melihat tahun demi tahun kedatangan pelancong semakin meningkat salah satunya di sini adalah distinasi bajet yang seua orang mampu beriadah ke sini.
Berbalik kepada penyelidikan UMT,kami bersyukur semua trip berjalan lancar menggunakan bot selama 5 hari bagi meyelesaikan tugasan penyelidikan di sini.Profesor amat-amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan semua pelajar enjoy dan sasaran yang dicari tercapai

SEKOLAH DI PULAU SANGGA

Saya pun tidak menyangka saat untuk berpisah ketika mereka hendak bertolak ke Setiu Terengganu kesedihan menyelubungi kawan-kawan bersama pelajar Pak Abu,Sham dan semua yang terlibat.

Kata-kata terakhir dari Prof. Satyia saya akan datang lagi bawa pelajar dengan menggunakan perkhidmatan kami sebagai guide dan bot pada trip penyelidikan akan datang.
Sehari selepas itu dari Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaya pula datang buat kajian.Sebelum ini Dr.Yoki dari Jepun,Pensyarah dari Indonesia dan bayank lagi yang saya tak ingat.
Apa pun terima kasih pada semua yang datang buat kajian dan penyelidikan di sini.
Ada rezeki kita jumpa lagi....FB Mohd Jusri Yusof

                                         Prof Satya(tengah)Azeman dan Sham
                                          
JETI 

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...