Selasa, 26 Disember 2017

PERCUTIAN MENARIK DI PERAK

GAMBAR DAN PERCUTIAN MENARIK DI KUALA SEPETANG

Saya bersedia mengendalikan pencutian anda di sini dengan menyediakan penginapan dan tour bot serta makan(jika ramai) hujung tahun 2017 ramai mula buat tempahan tour serta penginapan memandangkan ramai pelancong membanjiran Kuala Sepetang.

Dalam ramai pelancong yang datang saya dikunjungi sahabat baik masa bertugas di Kem Terendak satu masa dulu.Shamsuri atau saya panggil Sem bersama keluarga beliau ke Lumut dan terus ke sini untuk bercuti.
Bila keluarga bercuti kebiasaanya saya sediakan pakej penginapan dan tour bot sahaja,untuk makan saya cadangkan mereka memilih warung atau kedai makan sekitar pekan atau di tepi jalan.Untuk Sem saya sediakan bilik homestay tepi Sungai Reba di perkampungan nelayan.,homestay ini bayaaran murah sekitar rm150 sahaja untuk satu malam.

Pemandangan dari homestay amatlah cantik,boleh nampak perkampungan nelayan dan muara Sg Sepetang.Saya kongsikan gambar yang di ambil oleh Sem ketika menginap di sini,kebetulan pula bot yang saya bawa lalu melintasi tempat penginapan beliau



Sem juga mengambil tour melihat kelip-kelip waktu malam sekitar pukul 8.30 malam.Sebelum ke kelip-kelip kami sempat naik bot untuk tour sunset.Kebetulan hari itu cuaca cerah dan sunset pun nampak cantik.



Hari cuti panjang Krismas adalah hari yang sibuk di sini.Saya banyak dapat tempahan untuk tour river cruise dan kelip-kelip.Ramai juga yang datang secara walk in yang mana saya tetap layan mereka mengikut giliran tempahan.


Sedikit tips saya kongsikan untuk perancangan sebelum bercuti.

-Pemilihan tarikh sesuai dan buat tempahan awal antara satu destinasi ke destinasi yang lain.
-Pilih lokasi sesuai yang menarik
-Rujuk pada kawan boleh yang dipercayai untuk elak dari di tipu.
-Boleh juga rujuk pada internet
-Buat tempahan awal untuk elakan tempahan penginapaan penuh
-Bajet yang sesuai dengan kemampuan kita
-Tak perlu bawa banyak pakaian,hanya yang penting sahaja
-Kenderaan dalam keaadaan baik jika perjalanan melebihi 150km berserta tool
-Bawa juga kit ubat kecemasan
-Memaklumkan pada tempat yang kita tempah,bila kita bergerak dan bila kita dijangka sampai.



SELAMT BERCUTI..JOM BERCUTI DALAM NEGARA DAHULU...SEBELUM KE LUAR NEGARA..
JIKA KE LUAR NEGARA..UTAMAKAN TANAH SUCI UNTUK UMRAH DAHULU.

Rabu, 22 November 2017

PROGRAM ANAK ANGKAT PELAJAR IPTA

PROGRAM ANAK ANAGKAT

Kuala Sepetang Eco Tourism mengendalikan pelbagai program untuk pelajar sekolah dan pelajar IPTA.Tahun 2015 adalah merupakan program lawatan pelajar paling banyak yang kami kendalikan iaitu 135 rombongan sekolah dan IPTA.

Untuk program anak anagkat kami sudah biasa membawa pelajar untuk buat aktiviti dengan Kg Selinsing Bagan Serai Perak.Komuniti di sini amatlah mudah berkomunukasi dan mudah bekerjasama.Dari Ketua Kampung AJK serta semua penduduk sentiasa memberi komitmen dalam menjayakan program yang dirancang.

Antara program dan aktiviti yang dijalankan di sini adalah:

-Memancing ikan
-Membuat kuih tradisional
-Bergotong -royong
-Sukaneka
-Majlis kenduri ala kampung
-Menggoreng kerepek/maruku
-Menagkap ikan dalm sawah
-Persembahan kebudayaan



Terkini kami kendalikan pelajar dari KUSZA Terengganu yang datang menjalani program disini.

JADUAL LAWATAN DAN PROGRAM

HARI PERTAMA

8.00 -SARAPAN
9.00-SUKANEKA KAMPUNG
11.30-PERASMIAN DAN PENUTUP
12.30-MAKAN TENGAHARI ALA KAMPUNG
1.30  -SOLAT
2.30  -MEMBUAT KUIH WADAI KIPENG(MASYARAKAT BANJAR
4.30  -SOLAT
5.00  -MEMANCING IKAN SAWAH
6.00  -SERAH ANAK ANGKAT
6.30  -BALIK RUMAH KELUARGA ANGKAT

HARI KE 2

6.00-SOLAT SUBUH
7.30-SARAPAN
8.30-MAJLIS PENUTUP-PENYAMPAIAN HADIAH
9.30-SELESAI DAN BERSURAI



Kami juga menerima bayaran yang amat berpatutan,sebab tidak menggunakan perbelanjaan yang tinggi.Malahan pulak semua peralatan disediakan oleh kami dan penduduk kampung.Sila hubungi no hp  012-6316132 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.












Rabu, 8 November 2017

CHALET TAIPING DAN PAKEJ KUALA SEPETANG

PAKEJ PELANCONGAN BUDGET KUALA SEPETANG PERAK

-Pakej Keluarga atau rombongan
Kami Kuala Sepetang Eco Tourism Menyediakan pakej yang sesuai untuk PELAJAR dan DEWASA

HANYA SERENDAH RM 75(1hari) seorang
TERMASUK :-

a) HOTEL/HOMESTAY
~ 1 HARI 3 KALI MAKAN TERMASUK  ME UDANG BANJIR



b) AKTIVITI-AKTIVITI YNAG DISEDIAKAN:
~ Melawat Kuala Sepetang menaiki Bot River Cruise
~ Lawatan Ke Hutan Bakau
~  CSR
~ Program Lawatan Sambil Belajar
~ Haritage Trail dan Kilang Arang
~ Mencari Harta Karun
~ Teambuilding
~ Hari keluarga
~Motivasi
~Perkhemahan
PERALATAN SEMUA DISEDIAKAN
**Kita akan buat jadual perjalanan mengikut kesesuaian masa & waktu
**Segala bayaran masuk tempat perlancongan termasuk dalam pakej

~ Kami sediakan makanan yang halal & murah untuk makan tengah hari & malam



KESIMPULANNYA INI ADALAH PERCUTIAN DAN AKTIVITI YANG KAMI BOLEH BANTU UNTUK ANDA DENGAN BAJET MAMPU MILIK!!!JIKA ADA REZEKI TN/PN AKAN BERTEMU LUMBA-LUMBA KAMI SEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK ANDA A KE  Z ADALAH MEMORI YANG ANDA PERLU BAWA PULANG KE NANTI
UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG PERANYAAN BOLEH WHATAPPS KAMI :
https://www.facebook.com/mohdjusri









Khamis, 12 Oktober 2017

PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG

RINGKASAN SINOPSIS PERJALANAN KARIER
SEBAGAI PEMANDU PELANCONG
TAHUN 2012
Pada tahun ini saya memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi saya amat berminat dengan tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekuarang-kurang dapat dipraktik dan dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.



TAHUN 2013
Memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pemandu pelancong alam semulajadi setelah,berjaya memiliki lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi pada penghujung tahun 2013. Di daerah ini Larut Matang ini hanya 2-3 orang saja yang memiliki lesen pemandu pelancong alam semulajadi termasuk saya.Banyak yang perlu saya belajar tentang hutan paya laut dari Jabatan Hutan Kuala Sepetang,yang mana ilmu tersebut perlu didalami bagi memudahkan penerangan pada pelancong dan pelajar yang datang menggunakan perkhidmatan saya.



TAHUN 2014
Oleh kerana ada permintaan untuk program outdoor dan teambulding,saya memerlukan tambah nilai dalam kerjaya, dengan menghadiri kursus Asas Reakrasi di Kedah.Dengan lulusnya kursus ini saya dapat pentaulihan sebahagi jurulatih reakrasi untuk mengendalian tugasan baru yang selari dengan tugasan pemandu pelancong. Tambahan pulak pihak guru dan ketua rombongan lebih berkeyakinan untuk mengambil saya bagi mengendalikan program outdoor apabila memiliki Sijil Jurulatih Reakrasi.


JUL 2015
Menerima pencalonan dari Majlis Perbandaran Taiping yang memilih saya untuk  Anugerah Pemandu Pelancong Negeri Perak pada bulan November.Walaupun sekadar calon saya berasa amat teruja dan tak mengharapkan untuk menang, sebab saya masih baru dalam bidang eko pelancongan ini.Terima kasih pada pihak MPT yang memilih saya untuk percalonan itu dan saya terpilih untuk memenangi anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak.Penutup tahun 2015 pula, saya mendapat pengiftirafan dari PERHEBAT(Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera)Kem Sg Buluh dimana saya di panggil untuk menerima Anugerah Mentor Usahawan Eko Pelancongan PERHEBAT 2015 oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Hishamudin bin Tun Hussain.Bagi saya anugerah dari Tourism Perak yang membolehkan saya mendapat kepercayaan dari pihak PERHEBAT untuk anugerah ini.Saya amat bersyukur dan berterima kasih pada yang meyokong karea saya ini.2015 sukar dilupakan banyak kenangan pahit dan manis dalam menempuhi bidang yang agak mencabar  ini.Tahun ini juga merupakan tugasan terbanyak saya sepanjang bertugas sebagai pemandu pelancong alam semulajadi



TAHUN 2016
Tahun 2016 Kementerian Pelancongan memilih Kuala Sepetang sebagai salah satu kluster pembangunan Eko Pelancongan Kebangsaan.Persatuan Eko Pelancongan terlibat sebagai ahli mensyuarat pada kluster tersebut.Sebagai pengerusi persatuan saya berusaha juga untuk luangkan masa bagi menghadiri mensyuarat tersebut yang diadakan di beberapa kali di Ipoh dan juga Putrajaya.
Pada penghujung tahun 2016 saya menerima surat panggilan untuk berkursus di bawah INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) untuk menjadi seorang biskaunselor INSKEN.Antara ramai biskaunselor INSKEN saya seorang sahaja dalam bidang pelancongan.
Sepanjang bertugas sebagai biskaunselor,pihak INSKEN beberpa kali membawa saya program outreach membantu usahawan termasuk di Tawau,Kuala Terengganu dan terbaru di Ipoh Perak.



TAHUN 2017
Pada 2017 saya diberi kepercayaan oleh INSKEN untuk membantu usahawan eko pelancongan dalam membangunkan projek pembangunan MODAL INSAN, membimbingan bagi memajukan kem untuk pendaki Gunung Trusmadi di Sinua Keningau Sabah.Saya dan pegawai INSKEN akan ke Keningau, sebulan sekali bagi memberi tunjuk ajar serta menaikan industri eko pelancongan disana
Pada tahun NCIA(Koridor Utara) memilih saya diantara usahawan dibawah bimbingannya untuk bertemu Perdana Menteri di Putrajaya.Amat teruja atas pilihan tersebut yang mana saya seorang sahaja dalam bidang eko pelancongan berbanding dengan 20 orang dari pelbagai bidang keusahawanan.Saya melihat bidang pelancongan merupakan salah satu industri penjana ekonomi Negara yang mendapat perhatian dari Perdana Menteri.
Kenangan manis,.2017 kami menerima tempahan lawatan dari Deligasi Kementerian Perhutanan dan Perikanan Myanmar.Mereka seramai 18 orang yang diketuai Ketua Pengarah Perhutanan sebab menteri mereka yang mana tidak dapat hadir.Mereka menggunakan perkhidmatan kami untuk lawatan tersebut serta mempelajari selok-belok pengurusan hutan bakau,kerana di Kuala Sepetang pernah memenangi pengurusan hutan bakau terbaik dunia.Apabila saya bertugas mengendalikan lawatan dari luar Negara,perkara utama adalah imej Negara Malaysia perlu dijaga.Mereka amat berpuashati dengan perkhidmatan kami selama 4 hari 3 malam di sini.
Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan..dengan tidak menharap apa-apa balasan dan penganugerahan.Terus buat yang terbaik demi Negaraku Malaysia.



.


Ahad, 6 Ogos 2017

CHALET KUALA SEPETANG

Pusat Eco Pelajaran Kuala Sepetang
   
      Di pusat ini pelbagai kemudahan tersedia untuk keselesaan pengunjung termasuk pelajar yang ramai atau pelancong.Ianya dibawah kendalian Jabatan Hutan yang mana untuk masuk dikenakan bayaran termasuk juga semua hutam lipur Negeri Perak dibawah seliaan pihak Jabatan Hutan.
     
      Untuk maklumat pengunjung fasilitis di sini termasuklah:
a-8 buah chalet
b-1 dometory
c-1 surau
d-4 buah tandas awam
e-2 dewan tertutup
f-1 dewan terbuka
g-1 buah cafeteria


   


Jumaat, 21 Julai 2017

PULAU PERHENTIAN

Saya ke Terengganu apabila diberi tugasan sebagai Biskaunselor Insken dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.Kami semua 20 orang termasuk staf Insken yang menyertai program selama 2 hari di Taman Tamandun Islam Kuala Terengganu.

amat tidak mengyangka kehadiran usahawan amat membanggakan apabila anggaran seribu yang hadir hampir 1500 orang peserta.Team kami menginap di TTI dan pegawai Insken Menginap di Hotel Putri Kuala Terengganu.

Apabila selesai program tersebut dengan berjaya sebab kehadiran Dato Fdhilah Kamsah,Dato Alif Shukri serta Hairudin Omar turut memeriahkan program tersebut.

Saya bersama kawan saya Suhandi bertolak ke Kuala Besut untuk ke Pulau perhentian.Dia hanya menghantar saya ke jeti sahaja sebab saya berseorangan untuk ke pulau serta sempat juga berjumpa dengan Jasmadi kawan saya masa dalam tentera dulu.

Setelah tiba di jeti saya telah pon disambut oleh Noor staf chalet yang saya tempah sebelum chek in ke pulau lagi.Kita memiliki selera masing-masing yang mana saya memilih Pulau Perhentian Kecil untuk melancong.

Setiba di Pulau Pehentian kecil saya berjumpa dengan Ezer yang menunjukan bilik saya.Setelah masuk ke chalet saya turun mencari pakej yang sesuai untuk trip petang tu.Ezer mengajak saya ke kincir angin untuk melihat pantai dan air laut yang jernih dari atas bukit.

Petang tu saya bersama satu lagi group dari Selangor untuk join terip ke kincir angin.Pakej tu ja yang saya sempat join memandangkan masa tu ja yang saya ada.Saya mencari pakej snorkling sebab esok saya dah nak bertolak balik ke Besut.Ezer ,guide disitu dah jadi kawan baik sebab saya pon guide jugak di Perak.

Kami plan short snorkling untuk esok sebab masa tak mengizinkan.Petang tu perut dah lapar sebab tengahari tak sempat makan. Saya makan me goreng di kedai makan sebelah saya menginap,walaupun agak mahal tapi mee goreng tu memang sedap.

Esok pagi,trip snorkling bermula jam 10 pagi.Masih lagi bersama Ezer.Saya memang excited sebab air yang cantik serta lama dah tak berenang dan menyelam.Kami 15 orang kongsi 1 bot.Hanya sempat menghabiskan 3 spot snorkling saja sebab ada dikalangan kami yang mabuk laut,sebab mungkin tak pernah naik bot rasanaya.

Saya tertinggal menceritakan aktiviti malam di situ sebab malam tu saya ke Long beach tengok fire show.Tambang rm25 ke sana mula 9mlm hingga 12mlm.Ramai juga orang tengok show tu walaupun hanya duduk di atas pasir pantai sahaja.



Sebagai kesimpulan ..bagi saya pelancong perlu buat servey dahulu supaya tidak tertipu.Maksud saya harga yang mahal..sebab ada harga yang murah mengikut bilangan group pelancong yang datang.Mungking selepas ini saya bawa famili saya pulak sebab selok belok trip ke sana saya dah tahu.

Pemilihan Pulau pulak terpulang nak ke Perhentian Kecil Atau besar.Tapi pulau ini dibuka wakty cuaca baik sahaja.Hujung tahun biasanya ditutup sebab cuaca musim tengkujuh.

Sekian ..untuk info..sebarang pertanyaan sila hubungi no diatas. 






Jumaat, 30 Jun 2017

PAKEJ KE PULAU MABUL SEMPORNA

          CORETAN TRAVELOG KE SABAH
          Saya ke Sabah meliputi tugasan membantu usahawan di Negeri Sabah.Coretan ini merangkumi kesimpulan sepanjang berada di sana.Terima kasih pada pihak Insken dan Jabatan Perdana Menteri yang sudi menjemput saya dari Negeri Perak ini agar berkongsi ilmu dan pengalaman untuk pembangunan dan penambahbaikan industri pelancongan di sana.
Saat ini syukur Alhamdulillah saya telah pun selamat sampai di rumah saya di Taiping.
Hari pertama team saya bersama Dr Izham (Insken)dan En Fadil dari JPM sampai di Keningau dan menginap di Hotel Juta.Pada keesokan harinya kami bertolak ke Trusmadi,Sook dan Bt Punggul.
Perjalanan ke Trusmadi lebih kurang 1 jam setengah untuk bertemu dengan Mr Dennis owner yang menguruskan camp site untuk para pendaki yang ingin tawan puncak Trusmadi.
Selesai disini kami ke Bt Punggul untuk bertemu dengan kominiti disini yang mengusahakan homestay dan bawa pelancong melawat Trusmadi.Berlaku sedikit konflik berkaitan pemiliki tanah di Bt Punggul menyebabkan kesukaran dalam menyalurkan bantuan di sini.

Selesai di sini kami berpatah balik ke Keningau untuk singgah di Sook bagi penganjuran program usahawan pulak selepas raya nanti.Bila bergerak dan sampai ke Keningau terus kami berbuka di kedai makan berhampiran hotel penginapan.

                                                    Chalet Pulau Mabul
          Hari ke tiga selesai tugasan mereka berdua balik ke Kota Kinabalu untuk flight ke KLIA dan saya ada tugasan di Tawau.Dengan menaiki bas express dari Keningau menuju ke Tawau memakan masa hampir 6 jam.Dari jam 8.30 sampai lebih kurang 2,30 ptg.

PAKEJ INDERASABAH KE PULAU MABUL
          Perkampungan masyarakat Tidung dan Warisan Taka yang berugama Islam yang mana penempatan tidak jauh dari Lapangan Terbang Tawau.Saya menetap 3hari disini bagi memberi tunjuk ajar bagaimana memulakan bisnes dalam pelancongan.Kampung ini memang ada potensi untuk pelancongan yang mana kedudukannya yang stategik ditengah-tengah antara lapangan terbang dan Semporna untuk ke pulau pelancongan berdekatan Mabul,Bum Bum dan lain-lain.
Pakej ke Pulau Mabul dan pulau-pulau sekitarnya yang cantik dan airnya yang jernih disediakan oleh Koperasi Pelancongan Inderasabah.Dari sini ke Semporna iaitu jeti ke Mabul memakan masa lebih kurang 1 jam lebih.Jika tiba lewat di Lapangan terbang anda boleh menginap di homestay Inderasabah sebagai transit ke Pulau Mabul.

                                                      Jeti Semporna ke Pulau Mabul

           Anda boleh memilih untuk menginap 1 atau 2 malam disini,cuma saya cadangkan mengambil homestay di Inderasabah sebagai transit memudahkan urusan ke Lapangan Terbang Tawau.

          Saya juga menyediakan pakej mengikut kehendak dan bajet anda bagi memudahkan anda untuk melancong ke sini.Saya beri pakej berikut untuk anda:

                                              Hari Pertama
-Dijangka sampai di Lapangan Terbang Tawau
-Menginap di Homestay Inderasabah-pakej termasuk transport,menginap dan                                                                    makan malam dan sarapan

                                             Hari ke 2
-Bertolak ke jeti Semporna dan naik bot ke Chalet Mabul(Guide En Ismadi)
-Rehat dan Makan tengahari 
-Ronda 4 buah Pulau(Sibuan,Mega,Bum Bum dan Bohey Dulang)
-Makan malam
            
                                              Hari ke 3
-Sarapan
-Keluar chalet
-Bertolak ke Jeti Semporna
-Balik ke Homestay atau terus ke lapangan terbang
-Trip dijangka selesai

 
         



Jika pelancong melebihi dari 10 orang saya bersedia untuk turut serta sebagai guide.Cadangan saya juga..jika nakan tambang flight lebih murah boleh buat tempahan Airasia 2-3 bulan lebih awal dari tarikh nak melancong.


Harga pakej ini anggaran lebih kurang rm 450 ke rm600 seorang bergantung pada menu makanan,homestay dan chalet yang anda pilih.Harga tidak termasuk tiket flight.Jika tempahan awal tiket flight anda boleh dapat harga rm300 lebih kurang kos pergi dan balik.Anda juga boleh wharssaps saya 012-6316132 Yusri.
Terima kasih.. 




Sabtu, 10 Jun 2017

TIPS MOTIVASI USAHAWAN-Rezeki Yang Barokah

Berdasarkan pengalaman dalam peniagaan Eko Pelancongan ini,saya kongsikan bersama ilmu keusahawanan untuk yang meminati bidang ini.Saya mula menulis dan kongsikan bidang keusahawanan ini sejak perlantikan saya sebagai BisKaunselor baru-baru ini.

Sebelum ini saya sudah biasa memberi motivasi pada yang minta pendapat saya dalam bidang ini.Apa yang saya nak cerita di sini lebih kepada motivasi modal insan dalam usahawan.Mencari keberkatan dan keredhoaan dariNya dalam mencari rezeki agar rezeki kita lebih barokah dan juga menjadikan hasil titik peluh kita ini berkekalan di dunia dan akhirat.

Banyak juga ilmu saya dapat dari kawan-kawan saya yang jadi Biskainselor dan sahabat usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan bersama:
1-Niat Berbuat Kebaikan.
Ketika keluar mencari rezeki doakan semogaa Dia permudahkan urusan kita dalam               mencari rezeki.Juga memperbaiki diri sendiri agar dapat buat yang terbaik pada pelanggan dan orang persekitaran kita.
2-Waktu Dhuha
Amalkan berhenti seketika ketika waktu Dhuha untuk solat 2 rakaat solat Dhuha ditempat kita mencari rezeki.Jika tak berkesempatan,memadai dengan baca surah                   Dhuha.(antara jam 8.30pg-Zohor)
3-Bersedekah
 Niat dihati kita akan bersedekah dengan sedikit atau banyak sekiranya di beri rezeki yang lebih.Orang tidak akan jatuh miskin jika banyakan denagn bersedekah
4-Doa Yang Baik-Baik
Ketika kita memberi duit atau nafkah pada anak isteri/suami,ibubapa atau sesiapa pun,niat di hati..atau ketika kita menunaikan sedekah..'Ya Allah aku bersyukur dengan rezeki ini,kau tambahkan lagi untukku..,inshallah akan ku berinfaq lagi selepas ini.
5-Setiasa Berdoa Ketika Waktu Mustajab
kita tak sedar doa adalah senjata kita orang islam.Selalu kita berdoa ketika dalam kesempitan, kesusahan ketika senang kita lupa untuk berdoa.pilihlah waktu-waktu mustajap untuk berdoa contohnya pada tiap hari jumaat.
6-Banyakan Bersyukur
Buangkan sikap ego walaupun ekonomi kita dah stabil ..banyakan bersyukur dengan nikmat yang Dia beri.Kata ulama..manusia ni, walaupun dia mati tapi hidup semula.masih tidak mahu bersyukur.Jika Allah tambahkan kita,sebaliknya kita guna rezeki pada jalan yang melalaikan kita seolah-olah kufur nikmat dengan rezeki yang kita dapat 
7-Berzakat
 Duit yang banyak,,kekayaan yang melimpah itu tak penting untuk dibanggakan Pengisian dan  keberkatan pada rezeki itu lebih penting- banyakan                   bersedekah, berzakat lebih barokah.Jika tidak tunaikan zakat, kita seolah-olah memakan     duit berlebihan kita sendiri sedangkan duit itu hak anak yatim

8-Melihat Kesusahan Dari Kekayaan
 Kita teringin nak jadi seperti orang yang kaya dan hidunya mewah..,tiada gunanya jika kekayaan itu menyusahkan.Kehidupan yang tidak tenteram.Kita tak dapat selami orang kaya sedangkan kehidupannya kita sekadar melihat luaran sahaja.Pandanglah                  kesusahan dulu sebelum kesenangann mungkin orang kaya tu dulunya susah yang kita tidak tahu.
9-Tunaikan Rukun Islam ke 5
 Walaupun kita tak berkemampuan,sekurang-kurangnya daftar dulu dan niat serta doa akau akan ke Tanah Suci juga satu hari nanti.Semoga dipilih menjadi                         tetamuNya.Sekurang-kurangnya Doa dan usaha untuk tunaikan umrah dulu sebelum haji.
10-Infaq Ketika Durian Runtuh
Jika dapat job yang besar ..niatlah akau akan infaq 2 hingga 5 % untuk anak yatim atau masjid, pada mereka yang memerlukan Inshallah.Keberkatan rezeki kita akan terserlah dan bertambah lagi tanpa kita duga.
Jika kita terlepas atau gagal dapatkan job, sale berkurangan..ingatkan Allah..mudah- mudahan Dia menggantikan rezeki yang lebih baik nanti.Kita hanya merancang..sebaik- baik perancang adalah dariNYA jua
Kekadangan ,bila berlaku durian runtuh kebanyakan dari kita dah merancang untuk enjoy atau melancong.
11.Jangan Lupa Pada Ibubapa
Kongsikan sedikit rezeki kita dengan mereka Inshallah rezeki bertambah dan lebih barokah.Jika mereka dah tiada,niatlah pahala sedekah ini dihadiahkan untuk mereka.Kebiasaanya mencari mereka ketika susah ,lupa mereka ketika kita senang.
12.Bersabar Dengan Dugaan
Untuk menjadi usahawan yang berjaya perlu banyak bersabar dengan cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.Sebenarnya rezeki bukan pada tangan seseorang.Persoalan yang berlaku pada kita..Kenapa orang lain dapat rezeki lebih tetapi tidak berlaku pada         kita.Sebenarjnya semua ketentuan dari Dia kita hanya merancang.Tanpa kita sedar Allah SWT menghantar beribu malaikat pada orang banyak bersabar.maksudnya tiada istilah orang lain mencuri pelanggan kita.Tak perlu salahkan orang, cari kesalahan kita sendiri.








Sebagai kesimpulanya berbuat baiklah dengan orang sekeliling kita,mereka juga akan doa yang baik-baik untuk kita.Sentiasa berpandangan yang positif pada persekitaran kita semua kan jadi positif.
Perlu ingat..apa yang kita niat,apa yang kita sebut,,apa yang kita lakukan semua adalah doa..so sentiaslah beringat.
Apa nabi sebut..
Bersedekahlah dengan apa yang kita mampu..walaupun dengan sebiji kurma dan orang yang berilmu tak perlu kedekut dengan ilmu yang kita ada,sebab apa yang kita ada ini semuanya milik DIA.Menyampaikan ilmu yang baik dari hati yang ikhlas pada mereka yang memerlukan juga merupakan berinfaq ke jalan kebaikan.

WALLAHUALAM..SEKIAN TERIMA KASIH.
Yang ingin share dan komen silakan

Selasa, 30 Mei 2017

PAKEJ KUALA SEPETANG

Masa
 HARI PERTAMA
1.30ptg
Bertolak dari sekolah
5.30
Dijangka sampai-Lawatan Kilang Arang
6.00
Masuk Homestay
7.00
Berkumpul di Jeti-Taklimat keselamatan dan penerangan kelip-kelip
7.15
Solat magrib-Surau Jabatan Hutan
7.30
Makan malam
8.30
Night Walk
10.00
Rehat dan tidur

HARI KE 2
7.30pg
Sarapan
8.30
Tiket Masuk Pusat eko pelajaran
9.00
Pusat Interpitasi bakau-Penerangan Geografi  Hutan Paya Laut
9.30
Treking laluan pelantar bersama renjer-Penerangan Eco system dan biologi flora dan fauna
10.00
Bot river cruise-Melihat aktiviti nelayan,flora, fauna, warisan sejarah KTM 1885 dan lain-lain
11.00
Aktiviti alam sekitar-menyemai benih bakau-
(pelajar layak menerima sijil alam sekitar)
11.30
Kuala Sepetang heritage trail-Warisan sejarah Port Weld
12.00
Melawat produk hasil laut
12.30
Makan tenghari-me udang banjir
1.30
Solat Zohur
2.00
Lawatan ke Muzium Sejarah Ngah Ibrahim
3.00
Bertolak ke Taiping-kilang Kopi Antong
4.00
Taiping Haritage trail-Muzium Perak
5.00
Taman Tasek-Singgah makan cendol
6.30
Bertolak Balik ke Homestay
7.30
Solat Maghrib
8.00
Makan Malam-Pebentangan tugasan
10.30
Rehat –tidur

HARI KE 3
7.30
Sarapan
8.30
Kemas Barang dan gotong-royong
9.00
Bertolak ke Taiping
10.00
Kilang Kopi Antong
11.00
Taman Tasek Taiping-cendol Famous Taiping
12.00
Taiping Haritage trail-Jejak Warisan
12.30
Makan Tengahari
1.30
Bertolak balik

 RM165 - RM215.00

Harga bergantung pada menu dan pertukaran aktiviti yang berubah mengikut keadaan cuaca.
Huga mengikut ketegori berikut:

1-Harga Pelajar Sekolah Rendah
2-Sekolah Menengah dan IPTA
3-Rombongan Dewasa atau family day

GAMBAR TERKINI LAWATAN DARI INTERNATIONAL SCHOOL PENANG







PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...