Ahad, 12 Mac 2017

ANAK BENIH BAKAU BEREMBANG UNTUK DIJUAL

          Kami Kuala Sepetang Eco Tourism yang beroperasi di Kuala Sepetang yang mana menyediakan beberapa jenis anak benih pokok bakau untuk dijual.Seperti yang sedia maklum Kuala Sepetang memiliki keluasan hutan bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.

         Kebiasaannya pokok bakau berembang(sonneratia casolaris) banyak terdapat di Sungai Sepetang yang mana menjadi habitat tempat kelip-kelip bermain atau aktif di waktu malam menghuni di pokok ini.Kelip-kelip Sg Sepetang ini juga menjadi tarikan para pelancong untuk melihat kelip-kelip di sisni.



         


            Anak pokok berembang ini biasanya mengambil masa antara 3-6 bulan dari mula disemai untuk dijual di pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.Ada juga anak pokok bakau dari lain spises untuk dijual termasuklah anak pokok bakau minyak dan bakau kurap,

          Kebiasaaannya pokok bakau spises ini digunakan untuk membuat kayu jaras atau cerucuk dan juga pembuatan arang kayu.Kami memohon pada pembeli agar membuat tempahan awal untuk memudahkan urusan pengasingan anak benih bakau ini.

         Anak pokok bakau di jual dengan harga se[eti berikut:

                         1-Anak pokok Bakau Berembang (Sonneratia Casolaris) -RM20,RM25 dan RM30                                        (mengikut usia dan saiz)
                         2-Anak Pokok Bakau Minyak(Rhizophora Apiculata)      -RM10-RM20

                         3-Anak Pokok Bakau Kurap(Rhizophora Mucronata)        -RM10-RM20

Segala pertanyaan boleh hubungi/whatssaps no 012-6316132




PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...