Selasa, 13 Mac 2018

PAKEJ LAWATAN KE NEGERI PERAK

         Kami adalah sebuah syarikat yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengatur dan menganjurkan lawatan mengikut kesesuaian group atau sesebuah rombongan untuk datang ke Perak.Kawasan yang kami kendalikan khususnya arah utara dari Lumut,Teluk Senangin,Segari,Trong,Bkt Gantang Taiping dan Kuala Sepetang.

          Baru-baru ini kami cuba mencari tempat baru untuk kesesuaian pelancong iaitu di Daerah Gopeng,Kampar dan Kinta.Ramai yang meminta untuk trip lawatan ke Gua Tempurung dan Kinta,yang mana tarikan alam semulajadinya yang masih cantik serta belum diterokai.Salah satu tempat di Sahom Velly dekat Gopeng Perak.


          Di Sahom Velly ini pelbagai program boleh dibuat termasuk:

-Family day
-Jungle trekking
-Tubing
-Kayak
-Flying Fox
-BBQ
-dan lain-lain aktiviti outdoor


         Disini ada 3 perkampungan iaitu perkampungan air,perkampungan warisan dan perkampungan buluh.Saya memilih menginap di perkampungan buluh yang mana rm 150 satu malam.Kami menyewa basikal untuk ronda sekitar semua perkampungan yang ada di sini.





          Anda juga boleh melawat sekitar perladangan agro di sini termasuk ladang kuda,ladang rusa,itik dan lain-lain binatang ternakan.Boleh dikatakan amat memuaskan hati sepanjang berada disini.Fasilitis yang cantik,suasana kampung buluh dalam hutan sawit yang jauh dari bising kenderaan.

         Memang sesuai untuk semua golongan jika bercuti disini.Saya amat berpuashati selama menginap 2 hari 1 malam di sini.Suasana sejuk akan terasa bila kabus mula menutupi bukit,tanpa penghawa dingin.Memang terbaik, 5 bintang untuk Sahom Velly.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...